Selepas enam tahun kemunculan motosikal skuter ‘cruiser’ yang pertama Elegan berkapasiti 150cc pada tahun 2004, Syarikat Motosikal Dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (MODENAS), hari ini memperkenalkan satu lagi variasi model Elegan iaitu MODENAS Elegan 200
Dengan rekabentuk yang elegan dan bergaya, ianya sesuai untuk golongan eksekutif yang inginkan gaya yang sportif tetapi kemas untuk ditunggang ke pejabat mengatasi kesesakan jalanraya mahupun untuk bersantai bersama rakan atau pasangan masing-masing