Selepas enam  tahun kemunculan motosikal skuter ‘cruiser’ yang pertama Elegan  berkapasiti 150cc pada tahun 2004, Syarikat Motosikal Dan Enjin Nasional  Sdn. Bhd. (MODENAS), hari ini memperkenalkan satu lagi variasi model  Elegan iaitu MODENAS Elegan 200
Dengan  rekabentuk yang elegan dan bergaya, ianya sesuai untuk golongan  eksekutif yang inginkan gaya yang sportif tetapi kemas untuk ditunggang  ke pejabat mengatasi kesesakan jalanraya mahupun untuk bersantai bersama  rakan atau pasangan masing-masing
Model  yang tampil untuk menyerlahkan kesempurnaan pemiliknya ini dilengkapi  enjin empat lejang berkuasa 175cc dengan sistem penyejukan cecair serta  silinder bersadur seramik Ni-Si untuk prestasi yang lebih tinggi. 
Terdapat juga injap pengawalan kemasukan udara (Air Intake Cut Valve –  AICU) bagi mengawal pengeluaran asap.  Selain  dari itu model ini juga memiliki lampu utama dwi fungsi untuk nyalaan  tinggi atau rendah, meter digital enam dalam satu untuk memberi petunjuk  tahap minyak, RPM, penunjuk tahap kepanasan, jarak perjalanan, jam  serta hadlaju.
Ia didatangkan dengan 3 warna pilihan iaitu warna putih ,merah dan hitam.Harga jualan untuk sebuah motosikal ini termasuk insuran dan cukai jalan adalah RM                                                  8,500.00                                                  (dual starter). 
Spec Modenas Elegan 200
| Engine | ||||||||||||||||||||
  |                                                    ||||||||||||||||||||
| Transmission | ||||||||||||||||||||
  |                                                    ||||||||||||||||||||
| Chassis | ||||||||||||||||||||
| Electrical System | ||||||||||||||||||||
  | 
Galeri Gambar Modenas Elegan 200





