Thursday, August 12, 2010

Modenas Elegan 200 Baru


Selepas enam tahun kemunculan motosikal skuter ‘cruiser’ yang pertama Elegan berkapasiti 150cc pada tahun 2004, Syarikat Motosikal Dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (MODENAS), hari ini memperkenalkan satu lagi variasi model  Elegan iaitu MODENAS Elegan 200

Dengan rekabentuk yang elegan dan bergaya, ianya sesuai untuk golongan eksekutif yang inginkan gaya yang sportif tetapi kemas untuk ditunggang ke pejabat mengatasi kesesakan jalanraya mahupun untuk bersantai bersama rakan atau pasangan masing-masing

Wednesday, August 11, 2010

Suzuki Alto kecil tapi bergaya



Kereta suzuki Alto telah dilancarkan di Malaysia dengan mengenakan ciri-ciri kompak dan mini dan khusus untuk golongan wanita alah satu kelebihan ketara kereta yang bersaiz kecil ini ialah beratnya yang ringan dan mudah dikendalikan, terutamanya untuk pemanduan di dalam bandar. 

Dan yang lebih penting kebiasaannya kereta kompak mempunyai kelebihan penjimatan petrol, salah satu ciri yang seringkali menjadi keutamaan pembeli. Suzuki Alto sudah boleh ditempah di semua pengedar kenderaan Suzuki dan model ini mungkin merupakan buah tangan yang sesuai sempena Hari Raya Aidilfitri nanti.