Tuesday, October 12, 2010

Kawasaki ZX-14 Paling Terpantas Dalam Sejarah Pengeluaran Motosikal.


Suzuki Hayabusa GSX1300 memegang gelaran motosikal paling laju di dunia dan rekod itu dipertahankan selama enam tahun sejak dilancarkan.Kelajuan paling tinggi yang pernah dicatatkan Hayabusa seperti yang disahkan Buku Rekod Guiness ialah 317 kilometer sejam.

Akhirnya, selepas berhempas pulas memikirkan kaedah terbaik mengatasi pesaing, Kawasaki muncul dengan produk baru - ZX-14 yang memiliki lebih aerodinamik, kuasa kuda yang jauh lebih tinggi serta mampu memecut pada kelajuan paling tinggi dalam sejarah pengeluaran motosikal.

Kawasaki memang terkenal dengan pengeluaran motosikal berkuasa, malah sejak pengeluaran jentera H1 500cc pada hujung 60-an, jenama itu menambat hati penggemar mesin beroda dua ini.

Pendekatan berteknologi tinggi itu menjadikan ZX-14 mudah dikendalikan, selain mempunyai kestabilan yang baik ketika merentasi mana-mana permukaan jalan.

Dengan pelbagai unsur berteknologi tinggi yang digabungkan dengan prestasi enjin mengagumkan itu, timbul persoalan sama ada Kawasaki ZX-14 itu mampu memuaskan hati penunggangnya atau tidak.

Jawapannya ‘ya’. Jentera ZX-14 menghasilkan kuasa yang cukup kuat, tetapi penunggangnya tidak akan berasa ingin menamatkan tunggangan dengan cepat.Pinggang, bahu dan punggung semuanya selesa.

Barhendal berada di kedudukan strategik dan penunggang tidak perlu terlalu membongkok untuk menggenggam ‘throttle’. Lutut dapat dirapatkan sepenuhnya di badan motosikal dan kedudukan pelana depan yang agak rendah memudahkan lagi tunggangan.

Daripada depan atau belakang, ZX-14 memang menarik perhatian.Empat lampu depan dan lampu belakang jenis LED berbentuk V menambahkan lagi kesempurnaan jentera berkenaan.



Spesifikasi                                                                                                                         
 
Enjin: Sejukan cecair, 4-lejang, 4-silinder, DOHC, 16 injap
Isipadu: 1,352 cm³
Gerek dan Lejang: 84.0 mm x 61.0 mm
Nisbah Mampatan: 12:0:1
Prestasi: Kuasa Maksimum 142.0 kW {193.0 PS} @ 9,500 rpm; Tork Maksimum 154.0 N·m {15.7 kgf·m} @ 7,500 rpm
Sistem Bahan Api: FI (Fuel injection) MIKUNI 44EIDW x 4
Penghidup: Elektrik
Pencucuh: Bateri dan gegelung (dengan transistor)
Pelinciran: Pelinciran Berpaksa (takungan basah dengan penyejuk)
Transmisi: 6-kelajuan
Nisbah Gear: Pertama 2.625 (42/16); Kedua 1.947 (37/19); Ketiga 1.545 (34/22); Keempat 1.333 (32/24); Kelima 1.154 (30/26); Keenam 1.036 (29/28).
Nisbah Akhir Pengurangan: 2.412 (41/17)
Klac: Cakera Basah Berbilang
Jenis Kerangka: Press, Backbone
Lereng (sudut condong): 23º
Tayar depan: 120/70-ZR17M/C 58W Tanpa tiub
Tayar belakang: 190/50-ZR17M/C 73W Tanpa tiub
Suspensi depan: Teleskopik (terbalik)
Suspensi Belakang: Lengan Ayun (Uni-Trak)
Brek depan: Cakera kelopak berganda
Brek belakang: Cakera kelopak tunggal
Panjang keseluruhan: 2,170mm
Lebar keseluruhan: 760 mm
Tinggi keseluruhan: 1,170mm
Jarak antara roda: 1,460mm
Kelegaan dari jalan: 125mm
Tinggi pelana: 800mm
Berat kering: 224kg
Muatan bahan api: 22 liter

Harga Jualan                                                                                      

RM85,900.00
  
kredit info - http://www.hmetro.com.my/

blog comments powered by Disqus