Thursday, October 14, 2010

Proton Inspira Kini Boleh Di Tempah



Khamis 14 / 10 / 2010 -  orang ramai yang berminat memiliki kereta yang dikenali sebagai model pengganti Waja ini boleh membuat tempahan di seluruh rangkaian Proton Edar dengan bayaran pendahuluan RM1,000.

Nama model kereta yang diberi nama kod P3-90A ini dipercayai mendapat 'inspirasi daripada nama tempatan,' manakala pelancaran rasminya ke pasaran ialah pada 10 November ini.

Model baru Proton akan dijual pada harga di bawah RM80,000 seunit bagi enjin 1.8 liter dan bawah RM95,000 bagi enjin 2.0 liter.

Terdapat tiga varian enjin MIVEC yang disediakan iaitu model 1.8 liter menggunakan transmisi manual dan transmisi automatik, serta model 2.0 liter dengan transmisi automatik.

Model ini adalah versi ditukar lencana daripada Mitsubishi Lancer, dengan kendalian dan sistem gantungan (suspension) dipertingkatkan oleh Proton dan sentuhan 'pemanduan sebelah kanan Lotus' untuk disesuaikan dengan permukaan jalan serta gaya pemanduan tempatan.

Semalam, para pengedar Proton telah dibawa memandu uji kereta ini, manakala hari ini, sekumpulan wartawan pemotoran termasuk Utusan Malaysia telah memandu ujinya dari Pusat Kecemerlangan Proton di sini sehingga ke Genting Highlands.

Difahamkan, Proton meletakkan sasaran untuk menjual lebih 1,000 unit sebulan kereta ini dengan jangkaan versi 1.8 liter transmisi automatik bakal menjadi pilihan utama.

Berdasarkan penelitian Utusan Malaysia, terdapat pengubahsuaian minimum dibuat ke atas kereta ini iaitu pada bahagian jeriji depan dan bamper belakang berbanding Lancer.

Kereta ini disasarkan kepada pengguna Proton Waja dan Persona serta model-model jenama lain yang sekelas dengannya, yang mahu menaik taraf kepada kereta baru yang bergaya sport tetapi tetap sesuai untuk keluarga.

kredit info dari Utusan Malaysia

Spesifikasi Proton Inspira                                                                                                             
Specifications (1.8)
Engine type Inline 4 cylinder DOHC 16v, MIVEC
Displacement 1.8 L (1798 cc)
Bore 86 mm
Stroke 77.4 mm
Compression ratio 10.5:1
Fuel system ECI multiple
Peak power 105 kW (143 PS) at 6000 rpm
Peak torque 177 Nm (130 ftlbf) at 4250 rpm

Specifications (2.0)
Engine type Inline 4 cylinder DOHC 16v, MIVEC
Displacement 2.0 L (1998 cc)
Bore 86 mm
Stroke 86 mm
Compression ratio 10:1
Fuel system ECI multiple
Peak power 108-114 kW (147-155 PS) at 6000 rpm
Peak torque 198 Nm (146 ftlbf) at 4250 rpm

Proton inspira disediakan dengan empat warna utama iaitu Putih, Hitam, Perak dan Merah. Warna yang sesuai dengan spesifikasi dan ciri-ciri sporty kereta tersebut.

Video

blog comments powered by Disqus