Saturday, September 17, 2011

Myvi 1.5 Extreme dan Myvi 1.5 SE



 Perodua Myvi 1.3 telah dilancarkan pada 16 Jun  2011 dengan 3 varian: Standard, Premium dan Elegance. Untuk meningkatkan lagi jualan Myvi model, Perodua kini melancarkan 2 varian baru - baru Myvi SE dan Myvi Extreme dengan 1.5-liter DOHC DVVT enjin 16V untuk semua bakal pelanggan. Myvi baru 1.5 dipasarkan dengan tagline "Lagi Kuasa, Lagi Best".

enjin 1.5-liter DOHC DVVT enjin 16V

Walaupun Perodua membangunkan Myvi baru 1.5 pada masa yang sama dengan model Myvi semasa 1,3. Walau bagaimanapun,  Perodua telah melakukan tugas yang besar dalam menggayakan kereta dan melalui  maklum balas kepada keperluan pelanggan mereka dan maklum balas dari segi prestasi. Myvi SE baru dan Myvi Extreme berharga antara RM 50.900 dan 61.700 RM bergantung kepada spesifikasi. Kedua-dua varian menawarkan pilihan manual 5-kelajuan atau transmisi automatik 4-kelajuan. 

Thursday, October 14, 2010

Proton Inspira Kini Boleh Di Tempah



Khamis 14 / 10 / 2010 -  orang ramai yang berminat memiliki kereta yang dikenali sebagai model pengganti Waja ini boleh membuat tempahan di seluruh rangkaian Proton Edar dengan bayaran pendahuluan RM1,000.

Nama model kereta yang diberi nama kod P3-90A ini dipercayai mendapat 'inspirasi daripada nama tempatan,' manakala pelancaran rasminya ke pasaran ialah pada 10 November ini.

Model baru Proton akan dijual pada harga di bawah RM80,000 seunit bagi enjin 1.8 liter dan bawah RM95,000 bagi enjin 2.0 liter.

Terdapat tiga varian enjin MIVEC yang disediakan iaitu model 1.8 liter menggunakan transmisi manual dan transmisi automatik, serta model 2.0 liter dengan transmisi automatik.

Tuesday, October 12, 2010

Kawasaki ZX-14 Paling Terpantas Dalam Sejarah Pengeluaran Motosikal.


Suzuki Hayabusa GSX1300 memegang gelaran motosikal paling laju di dunia dan rekod itu dipertahankan selama enam tahun sejak dilancarkan.Kelajuan paling tinggi yang pernah dicatatkan Hayabusa seperti yang disahkan Buku Rekod Guiness ialah 317 kilometer sejam.

Akhirnya, selepas berhempas pulas memikirkan kaedah terbaik mengatasi pesaing, Kawasaki muncul dengan produk baru - ZX-14 yang memiliki lebih aerodinamik, kuasa kuda yang jauh lebih tinggi serta mampu memecut pada kelajuan paling tinggi dalam sejarah pengeluaran motosikal.

Thursday, August 12, 2010

Modenas Elegan 200 Baru


Selepas enam tahun kemunculan motosikal skuter ‘cruiser’ yang pertama Elegan berkapasiti 150cc pada tahun 2004, Syarikat Motosikal Dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (MODENAS), hari ini memperkenalkan satu lagi variasi model  Elegan iaitu MODENAS Elegan 200

Dengan rekabentuk yang elegan dan bergaya, ianya sesuai untuk golongan eksekutif yang inginkan gaya yang sportif tetapi kemas untuk ditunggang ke pejabat mengatasi kesesakan jalanraya mahupun untuk bersantai bersama rakan atau pasangan masing-masing

Wednesday, August 11, 2010

Suzuki Alto kecil tapi bergaya



Kereta suzuki Alto telah dilancarkan di Malaysia dengan mengenakan ciri-ciri kompak dan mini dan khusus untuk golongan wanita alah satu kelebihan ketara kereta yang bersaiz kecil ini ialah beratnya yang ringan dan mudah dikendalikan, terutamanya untuk pemanduan di dalam bandar. 

Dan yang lebih penting kebiasaannya kereta kompak mempunyai kelebihan penjimatan petrol, salah satu ciri yang seringkali menjadi keutamaan pembeli. Suzuki Alto sudah boleh ditempah di semua pengedar kenderaan Suzuki dan model ini mungkin merupakan buah tangan yang sesuai sempena Hari Raya Aidilfitri nanti.